Saturday, December 24, 2011

Gambar Fixie

Di page ini anda akan lihat beberapa gambar fixie mengikut jenamanya.




AirWalk Fixie




VIP Fixie




Oscar Fixie




GTA Ghost 2.0 Fixie

















Hunter Fixie

















SkyWalker Fixie
















Promax Fixie
















Gomax Fixie














Nexus Fixie
















XDS Fixie
















Harris Fixie














Enduro Fixie















Raleigh Fixie















Y2 Fixie

















Thursday, December 22, 2011

Apa sahaja tentang "Fixie"

Fixie bike atau Fixed Gear Bicycle dikenali sebagai sebuah basikal yang mempunyai satu jenis gear atau dipanggil sebagai single gear dan tidak mempunyai freewheel. Gegancu atau gegigi diperketatkan terus ke hab belakang tetap atau dipanggil sebagai “fixed rear hub” apabila roda belakang berputar, pedal basikal akan berputar ke arah yang sama. Ini memudahkan seseorang itu untuk berhenti tanpa menggunakan brek. Dengan menterbalikkan putaran pedal, kita juga boleh menunggang secara mengundur.Ini seperti sesuatu yang dikatakan specialized.

Basikal Trek atau Track Bike pula adalah sejenis basikal gear tetap. Beberapa pelumba jalanan dan penunggang basikal yang berklab menggunakan basikal gear tetap untuk latihan semasa musim sejuk. Gear rendah digunakan untuk menampakkan gaya mengayuh yang baik.

Kebanyakan basikal fixies tidak mempunyai beberapa gadget seperti brek depan, tongkat, lampu, reflektor dan pengunci basikal sebagainya. kebanyakkan gadget ada yang penting untuk keselamatan kita semasa di jalan raya contohnya seperti brek. Walaupun kita boleh brek dengan menggunakan kaki tetapi ada di kalangan penunggang fixie tidak tahu cara untuk brek dengan menggunakan kaki. Dengan itu saya sarankan anda untuk membeli brek hadapan dan belajar cara – cara untuk membrek dengan menggunakan kaki. Selain itu, pengunci basikal juga penting kerana basikal fixie ini popular. Jadi basikal fixie ini mudah di curi oleh sesiapa sahaja. Saya sarankan anda membeli pengunci basikal untuk keselamatan basikal anda. Untuk pengetahuan, ada beberapa jenis basikal fixie yang mempunyai pengunci basikal yang khas kerana pengunci basikal khas ini selalunya telah sedia pasang di bahagian forks hadapan basikal fixie tersebut. Lampu reflextor juga amat penting untuk keselamatan anda kerana ia sangat diperlukan pada waktu malam atau subuh sekiranya anda pergi ke mana - mana. Lampu reflector ini sangat murah dan disyorkan untuk keselamatan anda sendiri. Tongkat basikal tidaklah terlalu penting tetapi ia boleh memudahkan anda bila anda hendak letak basikal anda di mana – mana tanpa perlu menyandarkan basikal anda tetapi pastikan anda mengunci basikal anda kerana bahaya boleh melanda pada bila – bila masa sahaja.

Mahu beli fixie? Ada beberapa cara untuk beli. Sama ada di kedai basikal fixie atau beli secara online.